Bertukar Link URL

Wednesday, January 6, 2010 | 0 comments »

Hari ini dapat belajar cara baru untuk tingkatkan url link blog kita. Maklumlah newbie macam saya banyak yang tak tahu. Seronok juga dapat bertukar-tukar link ni . Lebih-lebih lagi dengan IM yang telah ada nama. Kita ni kiranya tumpang sekaki lah.

Pengguna Photoshop Newbie

Tuesday, December 15, 2009 | 0 comments »


Adobe Photoshop? Anda pastinya telah mengenali perisian terhebat ini, dan anda juga pasti tahu apakah pula fungsi-fungsinya.

Ok, mari kita senaraikan apakah fungsi-fungsi asas Adobe Photoshop yang anda tahu. Adobe Photoshop berfungsi untuk :

1.Mengedit Gambar
2.Melukis
3.Mewarna
4.Membuat Laman Web
5.Mencipta Animasi
6.Menghasilkan Grafik
7.Membuat Bentuk Yang Kompleks
8.Menghasilkan Tulisan (Font)
9.Membuat Banner
10.Menghasilkan Ilustrasi
11.Dan Banyak Lagi!

Wah, banyak juga yang anda tahu ya? Akan tetapi itu baru sahaja fungsi-fungsi asas! Adobe Photoshop mempunyai lebih daripada 9000 teknik untuk fungsi ‘mengedit gambar’ sahaja. Belum pun termasuk fungsi-fungsi yang lain.

Oleh kerana itulah ianya digunakan secara meluas oleh semua orang di seluruh dunia. Perisian ini mampu melakukan hampir apa sahaja tugas yang berkaitan dengan grafik. Dan kami yakin anda pun tahu tentang hakikat ini.

Tapi cukupkah dengan sekadar tahu? Tentu sekali TIDAK! Anda perlulah mahir dengan perisian ini untuk menggunakan fungsi-fungsi asas di atas. Bagaimana pula untuk anda memahirkan diri dengan perisian ini? Tentulah dengan anda berusaha untuk mempelajarinya.

Namun, belajar sendiri Adobe Photoshop bukanlah sesuatu yang mudah. Ianya memerlukan masa yang banyak dan percubaan demi percubaan yang pastinya sungguh membosankan!
Akan tetapi kami telah menyediakan sesuatu yang akan memudahkan anda, sesuatu yang akan menjimatkan masa anda, sesuatu yang menjadikan Adobe Photoshop seronok untuk dipelajari, sesuatu yang telah menjadi rahsia ramai Pereka Grafik! Dan pastinya sesuatu yang akan menjadikan anda seorang ‘pakar’ di dalam menggunakan Perisian Adobe Photoshop! Adakah anda ingin tahu apakah bendanya SESUATU ini??

Jadi bagaimana? Ingin ketahui selanjutnya? KLIK DISINI

Sekian,
rina

Pemasaran Email Vs Blogging

Saturday, November 28, 2009 | 0 comments »

Pada masa kini pemasaran affiliate merupakan di antara
strategi paling utama untuk menjana wang di dalam dunia
internet.

Tidak hairanlah seseorang affiliate marketer boleh menjana
sehingga RM1000 - RM2000 sebulan hanya melalui usaha
pemasaran affiliate yang dilakukannya. Ramai daripada
mereka melakukannya bukan pada sepenuh masa tetapi
melakukannya sebagai usaha sampingan mereka tetapi masih
mampu menjana keuntungan yang baik melaluinya.

Di dalam pemasaran affiliate, terdapat 2 strategi pemasaran
yang paling utama iaitu melalui blog dan juga email. Strategi
pemasaran melalui blog dan juga email telah dikenali sebagai
strategi yang paling utama sekiranya anda ingin melakukan
pemasaran sebagai seorang affiliate. Ia memudahkan anda
untuk menggembangkan senarai subscriber anda dan juga untuk
menghubungi subscriber anda untuk promosi lanjuta. Kedua-duanya
mempunyai kekuatannya masing-masing dan anda boleh menggunakan
salah satu atau kedua-duanya untuk menjana keuntungan melalui
pemasaran affiliate.

Blogging akan mengambil lebih banyak masa anda tetapi ianya
mampu memberikan pulangan yang lebih lumayan kepada anda.
Strateginya di sini adalah anda boleh memilih untuk mempromosi
produk-produk affiliate daripada satu niche yang tertentu dan
terus menghasilkan blog yang mempunyai maklumat-maklumat yang
berkaitan dengan niche yang ingin anda promosikan tadi.

Pengunjung yang membaca blog anda akan mengikuti pautan
affiliate yang telah anda sertakan dan lantas membeli produk-
produk tersebut daripada hasil review yang telah anda lakukan
di dalam blog anda. Anda perlu sentiasa mengemaskinikan blog
anda dan memberikan maklumat-maklumat yang berguna agar
pengunjung-pengunjung akan berminat untuk mengunjungi blog
anda lagi pada masa hadapan.

Pemasaran melalui email adalah lebih mudah dan hasilnya adalah
lebih pantas. Anda boleh menghasilkan laman web Opt-In dan
memberikan sebarang produk percuma anda seperti newsletter dan
seterusnya menghantar email promosi secara berkala kepada semua
subscriber yang telah mendaftar.

Sekiranya mereka berminat dengan produk yang anda promosikan di
dalam email anda, maka mereka boleh klik pada pautan affiliate
anda dan membeli produk tersebut. Anda perlu mengambil masa
untuk menguruskan senarai subscriber anda tetapi kerja ini
boleh anda berikan kepada sistem autoresponder untuk membantu
anda.

Sekiranya digabungkan, strategi promosi melalui blog dan juga
pemasaran email akan memberikan hasil yang sangat lumayan
kepada diri anda sebagai seorang affiliate. Anda akan berjaya
mendapat lebih banyak keuntungan dan boleh mengembangkan
senarai subscriber anda dengan lebih pantas.

Oleh itu, pastikan yang anda menggunakan kedua-dua
strategi ini di dalam pemasaran affiliate anda.

Artikel dari :
Eruwan Gerry Norsen
Pengurus Affiliate
www.EruwanGerryAffiliates.com

rina

Cara Mengambil Gambar Hebat

| 0 comments »

Rakan-rakan semua.

Walaupun terdapat berjuta-juta barangan yang dijual di dalam dunia lelongan online, terdapat satu ciri utama yang menentukan kejayaan seseorang penjual iaitu kualiti gambar yang mereka berikan untuk produk-produk mereka.

Dunia lelongan online adalah alam maya di dalam internet, tetapi para pembeli masih mahu melihat barangan yang ingin mereka beli walaupun mereka tidak boleh menyentuhnya.
Lelongan yang memberikan gambar-gambar yang berkualiti akan mampu menjana keuntungan yang baik untuk penjualnya.

Di sini saya ingin kongsikan beberapa tip untuk menghasilkan gambar jualan yang berkualiti:
1. Keadaan produk
Jika anda menjual barangan terpakai, pastikan keadaan barang tersebut adalah bersih dan baik sebelum anda bertindak mengambil gambarnya.
Jika barang tersebut kotor atau rosak, maka sudah tentu tiada orang yang akan menginginkannya.
Bersihkan barang tersebut terlebih dahulu dan perbaiki bahagian-bahagian yang rosak sekiranya perlu.

2. Produk Rosak
Sekiranya barang yang ingin anda jual sudah sedikit rosak atau tercalar, pastikan anda memberitahu keadaannya di dalam diskripsi jualan anda.
Ambil gambar bahagian yang rosak tersebut agar pembeli tahu apa yang akan mereka beli.
Dengan ini, pengunjung akan lebih bersedia untuk membuat keputusan untuk membeli setelah mengetahui segala-galanya mengenai keadaan fizikal produk tersebut.

3. Pencahayaan
Semasa mengambil gambar, sebaik mungkin anda perlu menggunakan pencahayaan tulen iaitu cahaya matahari. Ambillah gambar anda berdekatan dengan sebuah tingkap semasa matahari sedang bersinar.
Elakkan daripada menggunakan Flash kamera sekiranya boleh agar gambar yang dihasilkan tidak terlalu terang disebabkan pantulan cahaya Flash tadi.
Ambillah gambar daripada pelbagai sudut agar pengunjung dapat menggambarkan keadaan barang tersebut daripada pelbagai sudut.
Ambillah gambar serapat mungkin dengan barang agar gambar anda akan kelihatan menyeluruh dengan barang jualan tersebut.

4. Latarbelakang
Pastikan anda menggunakan latarbelakang yang sesuai untuk mengambil gambar.
Jangan gunakan latarbelakang berkilat yang boleh memantulkan imej anda sebagai jurugambar.
Elakkan juga latarbelakang kotor atau bersampah yang boleh menghilangkan selera pengunjung untuk membeli produk anda. Gunakanlah latarbelakang yang neutral seperti putih untuk memberikan penegasan yang baik kepada barang jualan anda.


5. Perisian Gambar

Anda boleh menggunakan perisian gambar seperti PhotoShop atau perisian seumpamanya untuk memperbaiki keadaan gambar ada sebelum digunakan.
Ianya boleh dilakukan asalkan perisian tersebut tidak digunakan untuk menyembunyikan sebarang kekurangan atau kerosakan pada barang tersebut.
Gunakan warna-warna asal dan jangan melakukan perubahan atau penambahan padanya. Gunakanlah kualiti gambar yang terbaik apabila anda save imej tersebut.

Sekiranya anda mampu melakukan perkara-perkara di atas, anda telah meningkatkan kebarangkalian pengunjung untuk membeli produk anda kerana gambar berkualiti yang telah anda berikan.

Sehingga berjumpa lagi di dalam artikel yang lain, salam hormat daripada saya.
Artikel ini dipetik dari :
Eruwan Gerry Norsen
Pakar Lelongan Online
www.RahsiaRajaLelong.com

Terima Kasih,
rina

Joint Contest Raja KamiL

Thursday, November 26, 2009 | 0 comments »

Raja Kamil seorang usahawan internet sepenuh masa mengadakan cabutan bertuah lagi.

Hadiah kali ini lebih lumayan daripada sebelum ini.

Begitu juga dengan syaratnya, paling mudah, tak sampai seminit pun masa diperlukanuntuk peluang memenangi hadiah beliau.

Jika anda hendak memenangi sebuah MP3 Player berkapasiti

2GB, baca lanjut di cabutan http://rajakamil.biz/2009/11/20/pertandingan-akhir-tahun-update

Jana Duit Online