Glamour...Kredibiliti...List

Sunday, February 21, 2010 |

Memiliki produk yang baik tidak menjanjikan jualan yang hebat, jika teknik pemasaran yang digunakan tidak efektif.

Ramai yang berlumba – lumba menghasilkan produk yang baik, canggih dan berkualiti namun akhirnya ‘kecundang’ akibat teknik pemasaran yang tidak menjadi.

Tidak kurang juga yang telah membelanjakan banyak wang ringgit untuk menempah iklan – iklan di blog mahupun diruangan classified yang disediakan. Itu tidak termasuk kos menggunakan perkhidmatan pengiklanan Pay Per Click (PPC) melalui Google Adwords, Bidvertiser dan sebagainya. Bagi yang berkemampuan, ia mungkin bukan masalah. Tetapi bagaimana pula jika anda kekurangan modal untuk kempen pemasaran?

Tahukah anda bahawa untuk memasarkan produk di internet, anda seharusnya memenuhi sekurang – kurangnya 3 kriteria utama seorang pemasar / penjual? Tanpa 3 kriteria ini, kempen pemasaran anda mungkin berjalan dengan lambat dan jualan yang terhasil pun sedikit sebanyak mengecewakan anda. Baiklah, 3 kriteria utama yang saya maksudkan ialah :

1. Dikenali (Glamour)
2. Kredibiliti
3. List

Disini saya akan huraikan sedikit tentang pentingnya ketiga – tiga kriteria ini didalam kempen pemasaran.

Untuk menjual sesuatu diinternet, anda seharusnya dikenali kerana diinternet sebarang urusniaga tidak dijalankan bersemuka. Maka disinilah timbulnya rasa percaya atau tidak terhadap para penjual yang menawarkan produk mereka. Jika anda dikenali, lebih mudah untuk anda menjual produk anda kerana telah terdapat kepercayaan terhadap anda. Bayangkan anda sendiri, mahukah anda membeli dari seseorang yang anda tidak pernah kenal?

Keduanya ialah kredibiliti. Tanpa kredibiliti, kadar kepercayaan terhadap anda agak kurang. Apabila kurangnya rasa percaya, maka makin kuranglah kehendak untuk membeli dari anda. Kredibiliti ini termasuklah kemahiran anda menghasilkan produk yang berkualiti, khidmat pelanggan yang ‘tip – top’ serta kejujuran anda dalam setiap urusniaga.

Kriteria ketiga ialah list. Ramai sedia maklum bahawa ungkapan “The Money Is In The List” memang betul dan tanyalah mana – mana ‘otai’ usahawan internet tentang kepentingan membina list untuk memudahkan kempen pemasaran. Teknik email marketing telahpun terbukti keberkesanannya, dan rata – rata usahawan internet menggunakan teknik ini dalam mempromosikan produk mereka.

Baiklah, mungkin anda tertanya – tanya pula tentang apakah teknik pemasaran yang boleh memenuhi ketiga – tiga kriteria ini? Jawapannya saya, mudah sahaja iaitu…Teknik Pemasaran Joint Venture (JV). Joint Venture (JV) adalah proses kerjasama antara pemilik produk dan rakan – rakan usahawan yang lain untuk mempromosikan sesuatu produk. Kebiasaannya, teknik JV Affiliate menjadi pilihan. Sebagai balasan, para rakan JV akan diberikan komisen bagi setiap jualan yang terhasil.

Bagaimana teknik pemasaran JV boleh memenuhi ketiga – tiga kriteria ini; dikenali, kredibiliti dan list?

Mudah…apabila anda berJV, secara tidak langsung rakan – rakan JV anda akan menyebarkan nama anda serta perniagaan anda kepada ribuan list mereka melalui emel follow up serta mengiklankan tentang anda di blog mereka. Nah, anda sudah terkenal sekarang dan ‘glamour’…bayangkan sepanjang bulan tersebut mereka berbicara tentang anda dan produk anda, dan dibaca serta dilihat oleh ribuan ‘pengikut setia’ mereka…

Melalui JV juga kredibiliti anda boleh ditonjolkan. Saya pasti, rakan JV anda pasti menilai anda dan produk anda terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan menerima jemputan anda. Keupayaan anda untuk melakukan JV dengan usahawan yang hebat pasti akan dipandang tinggi dan para pelanggan pasti tidak berasa was – was dengan anda dan produk anda. Tempias “kehebatan” rakan JV anda sebenarnya telah mengenai anda…

Tentang list, tak perlu risau. Walaupun anda tidak mempunyai list, namun jualan tetap berlaku iaitu melalui senarai list rakan JV anda. Jika anda mahu mengumpul list melalui landing page, juga tiada masalah. Kemungkinan ada dikalangan list rakan JV anda akan mendaftar juga sebagai subscriber anda kerana mereka juga mahukan informasi daripada anda.
Nah, sekarang anda pasti sudah faham mengapa teknik pemasaran JV ini sangat penting untuk memastikan pelancaran produk anda ‘meletup’.

Namun begitu, tidak semua tahu teknik JV yang betul dan beretika sekaligus menyebabkan jemputan mereka dihantar ke ‘recycle bin’, malah lebih teruk lagi nama mereka di ‘blacklist’…belum sempat JV, dah kena ‘banned’…ini serba sedikit menyebabkan teknik pemasaran ini sering diabaikan.

Tetapi, hari ini saya ingin beritahu anda bahawa anda dah tak perlu risau untuk JV dengan sesiapa sahaja kerana teknik serta kaedah yang betul telahpun didedahkan.

Sahabat baik saya, iaitu saudara Julius baru sahaja menerbitkan sebuah ebook khas iaitu “Rahsia Pemasaran Joint Venture (JV) “, khusus bagi anda yang mahu berjimat untuk kempen pemasaran produk anda disamping mahu memastikan jualan produk anda meledak!

Saya rasa saya tidak mampu nak ceritakan semuanya disini, jadi saya nak ajak anda untuk bersama – sama dengan saya melawati saudara Julius di SINI. Jumpa disana!

[rina]
Teruskan membaca

0 comments:

Jana Duit Online