Blogging Secara Auto Pilot
Monday, October 12, 2009 |
Blogging secara auto pilot ialah sesuatu yang menarik dan menguntungkan jika anda tahu cara sebenar membina blog auto pilot. Bayangkan anda mampu memiliki berpuluh blog yang anda tidak perlu update blog tersebut dan tidak perlu melawat blog tersebut sedangkan blog tersebut terus bekerja untuk anda. Saya sendiri mempunyai 6 blog auto pilot yang saya hanya lawat 3 bulan sekali untuk lihat prestasi blog tersebut. Jika menurun, saya hapuskan dan bina blog baru dengan menggunakan niche yang baru.
Berdasarkan pengetahuan saya, blog auto pilot dibahagikan kepada 2 jenis iaitu
-Blog auto-pilot yang isi kandunganya daripada RSS
-Blog auto-pilot yang isi kandunganya daripada artikel kita sendiri
Untuk blog auto pilot yang isi kandunganya diambil daripada RSS, blog jenis isi kebiasaanya blog yang mempunyai ranking yang rendah di enjin carian kerana blog seperti ini dikenakan penalti oleh enjin carian kerana menciplak hak orang lain atau blog yang mempunyai duplicate content. Jadi adalah lebih baik jika anda bina blog auto-pilot daripada artikel kita sendiri. Anda mungkin akan dikenakan tindakan undang-undang sekiranya sumber RSS yang anda set up adalah hak cipta terpelihara.
Untuk blog yang isi kandunganya daripada artikel kita sendiri, blog seperti ini akan menjadi auto pilot 100% tetapi kita perlu upload artikel kita terlebih dahulu ke server kita agar plugin auto pilot dapat kesan artikel tersebut dan post sebagai entry yang baru di blog mengikut masa dan tarikh yang kita tetapkan. Cara ini menampakkan blog kita lebih professional dan dapat mengelakkan daripada duplicate content. Adalah lebih baik jika anda memasukkan artikel anda ke perisian article spinner dahulu jika anda menggunakan artikel PLR atau artikel yang diambil daripada direktori artikel seperti ezinearticles.com.
Segalanya akan terlerai DI SINI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment