Produk PLR Dalam Bahasa Malaysia – Peluang Untuk Usahawan Internet Tempatan
Wednesday, October 7, 2009 |
Ramai yang mengetahui bahawa produk PLR merupakan produk ‘penyelamat’ yang membolehkan sesiapapun mampu memiliki produk sendiri tanpa perlu bersusah payah menciptanya. Produk PLR sebenarnya menyumbang sebanyak 70% dari seluruh usaha anda untuk mencipta produk sendiri, manakala 30% lagi merupakan kreativiti anda untuk mengubahnya menjadi sesuatu yang berbeza dari yang asal!
Namun begitu, dipasaran tempatan kehadiran produk – produk PLR dalam Bahasa Malaysia amatlah kurang dan hampir tiada. Realitinya, pasaran tempatan dibanjiri oleh produk PLR dari luar negara dan semestinya ia dalam bahasa Inggeris. Ini sebenarnya peluang yang baik untuk usahawan tempatan menembusi pasaran luar negara. Namun, dari satu aspek lagi ia merupakan satu kerugian juga kerana ianya mengehadkan permintaan dari pasaran tempatan. Bagi mereka yang kurang mahir berbahasa Inggeris dan memfokuskan pasaran tempatan, ini merupakan satu halangan untuk memajukan lagi perniagaan mereka.
Bayangkan usahawan internet tempatan terpaksa membuat “kerja dua kali” untuk menjadikan produk PLR mereka sesuai untuk pasaran tempatan iaitu dengan melakukan penterjemahan dan pengubahsuaian. Ini turut menyumbang ke arah kelewatan serta pembaziran dari segi masa dan wang ringgit. Inilah realiti yang perlu dihadapi oleh usahawan tempatan yang terlalu bergantung kepada produk PLR dari luar negara akibat kekurangan produk PLR dalam bahasa Malaysia.
Namun, salah seorang usahawan internet tempatan iaitu saudara Julius telah tampil untuk membantu usahawan tempatan dengan menerbitkan 3 buah produk PLR yang 100% dalam bahasa Malaysia. Kesemua produk ini dipakejkan dalam satu pakej yang dinamakan Pakej Mini PLR. Kehadiran pakej ini dilihat mampu mengatasi masalah yang dihadapi usahawan tempatan yang menjadikan produk PLR sebagai niche mereka.
Kehadiran Pakej Mini PLR ini dilihat mampu menjimatkan masa serta wang kerana anda tidak perlu membuat sebarang penterjemahan. Produk – produk yang disertakan juga amat bersesuaian dengan kehendak pasaran tempatan dan terdiri dari 3 niche utama iaitu niche kesihatan, gayapos dan juga perniagaan internet. Produk yang disertakan juga merupakan produk yang amat ‘segar’ dipasaran serta belum pernah diterbitkan dimana – mana laman web. Selain dari produk PLR, pakej ini juga mengandungi tool pemasaran profesional khas bagi setiap pemiliknya melakukan kempen pemasaran dengan lebih mudah.
Akhir sekali, Pakej Mini PLR ini memang pilihan dan penyelesaian terbaik untuk semua usahawan internet yang ingin membina perniagaan dengan pantas. Ianya juga peluang besar untuk semua usahawan yang ingin melebarkan empayar perniagaan mereka khususnya bagi pasaran tempatan.
Jangan lupa untuk mendapatkan laporan khas ‘Rahsia Produk PLR’ secara percuma di www.produkplr.com/giveaway. Sehingga itu, saya ucapkan selamat berjaya!
Maklumat lanjut, sila layari : LINK DISINI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment