Antara Rahsia Azizi Ali Menjadi Jutawan!

Thursday, November 26, 2009 |


Salam hormat,

Maaf menggangu. Ada cerita yang saya nak kongsikan dengan
anda hari ini. Saya pernah baca buku Azizi Ali. Buku jadi
jutawan. Azizi Ali seorang jutawan. Ada duit berjuta-juta.
Saya juga nak jadi jutawan. Jadi macam Azizi Ali. Ada duit
berjuta-juta. Tapi saya tak mungkin jadi jutawan kalau saya
cuma ada jutaan angan-angan jutawan. Angan saya ni perlu
jadi tindakan.

Dalam buku Azizi Ali, ada sebut mengenai rekod aliran tunai.
Jumlah perbelanjaan setiap bulan. Rekod setiap ringgit yang
mengalir. Masuk ke poket atau habis dirempit. Azizi ajar guna
jadual aliran tunai keluar masuk.Saya pernah buat jadual
sebegitu. Saya pernah guna PearBudget, tapi berhenti sekerat
jalan je sebab susah nak guna. Tambah lagi akhir-akhir ni,
sejak harga minyak naik dan saya pulak ada beberapa hutang
yang baru dibuat (beli kereta, kad kredit, dll), terasa saya
perlukan pengurusan kewangan yang baik, khususnya utk bajet
dan buku simpanan.

Saya dah cuba beberapa tools, tapi setakat ni takde yg
konsisten. Dulu pernah guna Microsoft Money, tapi terlampau
kompleks dan detail sangat. Apa yang saya cuba buat dulu
memang sangat detail, berapa ringgit makan tiap hari pun catat,
sampai ke sen sekali. Tapi cara ni sebenarnya melecehkan,
lama2 kita fed-up dan tinggalkan. Dapat buat dalam 2-3 bulan
je. Mula2 tu seronok jugak sebab ada carta dll, macam best je.
"Oooh, bulan ni aku makan KFC/McD RM50.67" :P

Kemudian saya sedar, apa yang menghalang saya dari rancang
perbelanjaan dengan baik ialah saya tak kaji betul-betul
perbelanjaan saya, jadi saya tak boleh detailkan. Lalu, apa
yang saya buat ialah, dalam 2-3 bulan, saya keep track
perbelanjaan saya. Simple je, amik kertas A4, lipat dan letak
di mana-mana tempat yang senang dicapai, macam saya dalam
kereta. Tiap hari masa balik kerja saya catat perbelanjaan
hari tu.

Kemudian, kaji jenis perbelanjaan yg kita dah catat tu. Duit
makan berapa banyak sebulan, duit minyak berapa, bil berapa,
duit untuk bersuka-ria berapa. Benda-benda ni catatkan sebagai
bajet utama untuk sebulan.

Kemudian, saya gunakan 2 akaun bank. 1 akaun untuk simpanan
atau emergency (Akaun 1), dan 1 akaun untuk perbelanjaan
(Akaun 2). Jadi, setiap kali masuk gaji, saya akan pindahkan
allocated budget untuk perbelanjaan ke dalam Akaun 2, dan
sebolehnya hanya gunakan duit tu tanpa sentuh Akaun 1. Bila
rasa sesuai, pindahkan sebahagian dari Akaun 1 ke simpanan
jangkapanjang/pelaburan.

Saya masih keep track belanja sehari-hari tapi tak secara
detail sangat. Apa yang saya perlu bayar dan dah bayar saya
rekodkan. Tu pun cuma macam bayaran bil, atau bayaran luar
jangkaan, contoh adik mintak duit ke dll. Duit makan, barang
dapur, atau shopping saya tak keep track. Saya rasa saya ada
cukup disiplin utk gunakan duit dari Akaun 2 tu je. Lagipun
senang je, bila tengok duit dalam akaun dah sikit, maka secara
tidak sedar kita akan kawal perbelanjaan kita tu.

Guna 2 akaun ni bagus lah, kenapa saya tak terfikir dari dulu..
Untuk rekodkan semua ni, saya gunakan spreadsheet Excel je.
Simple, cuma catatan dan formula ringkas, takde interface yg
kompleks-kompleks. Oh ya, apa tu Excel? Ok Microsoft Excel
adalah sebuah program spreadsheet yang biasa digunakan untuk
mengolah data, terutama melibatkan angka. Biasanya Excel ni
selalu digunakan untuk menghasilkan laporan kewangan, analisa
statistik, kira inventori pejabat, kira markah pelajar, nak
main saham,buat jadual sekolah anak-anak dan macam-macam lagi.


Sangat mudah. Sangat senang. Saya yang pemalas ini pun boleh
buat, apatah lagi orang-orang rajin di luar sana. Kini, setiap
hujung bulan saya tahu kedudukan kewangan saya. Saya boleh
banding dengan gaji yang saya terima. Saya tahu sama ada saya
kurang atau saya lebih. Kalau anda berhasrat nak jadi jutawan
macam Azizi Ali gunalah Excel ni dalam mengawal aliran duit anda.

Bertindak sekarang!

Jika anda menghadapi masalah untuk belajar Excel, saya sarankan
agar anda mendapatkan Ebook Rahsia Mahir Excel yang baru di
lancarkan oleh Team Excel baru-baru ini. Harga pun cukup murah
sahaja. Untuk Pre-Launch selama 5 hari ni, anda hanya perlu
membayar RM25 sahaja untuk mendapatkan Ebook Rahsia Mahir Excel
itu. Tetapi, jika anda terlambat, harganya akan dinaikkan menjadi
RM30 ataupun lebih. Jadi?? Jangan lepaskan peluang ini.

Klik link di bawah ini untuk mendapatkan ebook itu sekarang.
http://tinyurl.com/excelbiz

Sekian terima kasih kerana sudi membaca artikel ini sehingga
tamat. Saya harap, anda juga mendapat sesuatu info yang berguna
daripada artikel di atas.


Ikhlas,
rina

http://tinyurl.com/excelbiz

1 comments:

Unknown said...

mmm .. menarik
http://agdaudr.blogspot.com/:)

Jana Duit Online