Cara Mengambil Gambar Hebat

Saturday, November 28, 2009 |

Rakan-rakan semua.

Walaupun terdapat berjuta-juta barangan yang dijual di dalam dunia lelongan online, terdapat satu ciri utama yang menentukan kejayaan seseorang penjual iaitu kualiti gambar yang mereka berikan untuk produk-produk mereka.

Dunia lelongan online adalah alam maya di dalam internet, tetapi para pembeli masih mahu melihat barangan yang ingin mereka beli walaupun mereka tidak boleh menyentuhnya.
Lelongan yang memberikan gambar-gambar yang berkualiti akan mampu menjana keuntungan yang baik untuk penjualnya.

Di sini saya ingin kongsikan beberapa tip untuk menghasilkan gambar jualan yang berkualiti:
1. Keadaan produk
Jika anda menjual barangan terpakai, pastikan keadaan barang tersebut adalah bersih dan baik sebelum anda bertindak mengambil gambarnya.
Jika barang tersebut kotor atau rosak, maka sudah tentu tiada orang yang akan menginginkannya.
Bersihkan barang tersebut terlebih dahulu dan perbaiki bahagian-bahagian yang rosak sekiranya perlu.

2. Produk Rosak
Sekiranya barang yang ingin anda jual sudah sedikit rosak atau tercalar, pastikan anda memberitahu keadaannya di dalam diskripsi jualan anda.
Ambil gambar bahagian yang rosak tersebut agar pembeli tahu apa yang akan mereka beli.
Dengan ini, pengunjung akan lebih bersedia untuk membuat keputusan untuk membeli setelah mengetahui segala-galanya mengenai keadaan fizikal produk tersebut.

3. Pencahayaan
Semasa mengambil gambar, sebaik mungkin anda perlu menggunakan pencahayaan tulen iaitu cahaya matahari. Ambillah gambar anda berdekatan dengan sebuah tingkap semasa matahari sedang bersinar.
Elakkan daripada menggunakan Flash kamera sekiranya boleh agar gambar yang dihasilkan tidak terlalu terang disebabkan pantulan cahaya Flash tadi.
Ambillah gambar daripada pelbagai sudut agar pengunjung dapat menggambarkan keadaan barang tersebut daripada pelbagai sudut.
Ambillah gambar serapat mungkin dengan barang agar gambar anda akan kelihatan menyeluruh dengan barang jualan tersebut.

4. Latarbelakang
Pastikan anda menggunakan latarbelakang yang sesuai untuk mengambil gambar.
Jangan gunakan latarbelakang berkilat yang boleh memantulkan imej anda sebagai jurugambar.
Elakkan juga latarbelakang kotor atau bersampah yang boleh menghilangkan selera pengunjung untuk membeli produk anda. Gunakanlah latarbelakang yang neutral seperti putih untuk memberikan penegasan yang baik kepada barang jualan anda.


5. Perisian Gambar

Anda boleh menggunakan perisian gambar seperti PhotoShop atau perisian seumpamanya untuk memperbaiki keadaan gambar ada sebelum digunakan.
Ianya boleh dilakukan asalkan perisian tersebut tidak digunakan untuk menyembunyikan sebarang kekurangan atau kerosakan pada barang tersebut.
Gunakan warna-warna asal dan jangan melakukan perubahan atau penambahan padanya. Gunakanlah kualiti gambar yang terbaik apabila anda save imej tersebut.

Sekiranya anda mampu melakukan perkara-perkara di atas, anda telah meningkatkan kebarangkalian pengunjung untuk membeli produk anda kerana gambar berkualiti yang telah anda berikan.

Sehingga berjumpa lagi di dalam artikel yang lain, salam hormat daripada saya.
Artikel ini dipetik dari :
Eruwan Gerry Norsen
Pakar Lelongan Online
www.RahsiaRajaLelong.com

Terima Kasih,
rina

0 comments:

Jana Duit Online