Pemasaran Email Vs Blogging

Saturday, November 28, 2009 |

Pada masa kini pemasaran affiliate merupakan di antara
strategi paling utama untuk menjana wang di dalam dunia
internet.

Tidak hairanlah seseorang affiliate marketer boleh menjana
sehingga RM1000 - RM2000 sebulan hanya melalui usaha
pemasaran affiliate yang dilakukannya. Ramai daripada
mereka melakukannya bukan pada sepenuh masa tetapi
melakukannya sebagai usaha sampingan mereka tetapi masih
mampu menjana keuntungan yang baik melaluinya.

Di dalam pemasaran affiliate, terdapat 2 strategi pemasaran
yang paling utama iaitu melalui blog dan juga email. Strategi
pemasaran melalui blog dan juga email telah dikenali sebagai
strategi yang paling utama sekiranya anda ingin melakukan
pemasaran sebagai seorang affiliate. Ia memudahkan anda
untuk menggembangkan senarai subscriber anda dan juga untuk
menghubungi subscriber anda untuk promosi lanjuta. Kedua-duanya
mempunyai kekuatannya masing-masing dan anda boleh menggunakan
salah satu atau kedua-duanya untuk menjana keuntungan melalui
pemasaran affiliate.

Blogging akan mengambil lebih banyak masa anda tetapi ianya
mampu memberikan pulangan yang lebih lumayan kepada anda.
Strateginya di sini adalah anda boleh memilih untuk mempromosi
produk-produk affiliate daripada satu niche yang tertentu dan
terus menghasilkan blog yang mempunyai maklumat-maklumat yang
berkaitan dengan niche yang ingin anda promosikan tadi.

Pengunjung yang membaca blog anda akan mengikuti pautan
affiliate yang telah anda sertakan dan lantas membeli produk-
produk tersebut daripada hasil review yang telah anda lakukan
di dalam blog anda. Anda perlu sentiasa mengemaskinikan blog
anda dan memberikan maklumat-maklumat yang berguna agar
pengunjung-pengunjung akan berminat untuk mengunjungi blog
anda lagi pada masa hadapan.

Pemasaran melalui email adalah lebih mudah dan hasilnya adalah
lebih pantas. Anda boleh menghasilkan laman web Opt-In dan
memberikan sebarang produk percuma anda seperti newsletter dan
seterusnya menghantar email promosi secara berkala kepada semua
subscriber yang telah mendaftar.

Sekiranya mereka berminat dengan produk yang anda promosikan di
dalam email anda, maka mereka boleh klik pada pautan affiliate
anda dan membeli produk tersebut. Anda perlu mengambil masa
untuk menguruskan senarai subscriber anda tetapi kerja ini
boleh anda berikan kepada sistem autoresponder untuk membantu
anda.

Sekiranya digabungkan, strategi promosi melalui blog dan juga
pemasaran email akan memberikan hasil yang sangat lumayan
kepada diri anda sebagai seorang affiliate. Anda akan berjaya
mendapat lebih banyak keuntungan dan boleh mengembangkan
senarai subscriber anda dengan lebih pantas.

Oleh itu, pastikan yang anda menggunakan kedua-dua
strategi ini di dalam pemasaran affiliate anda.

Artikel dari :
Eruwan Gerry Norsen
Pengurus Affiliate
www.EruwanGerryAffiliates.com

rina

0 comments:

Jana Duit Online